VIDEO TUTORIAL: “LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN HFMD TERHADAP KANAK-KANAK”

Aktiviti terkini | 17 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini dimuat naik melalui “Facebook Page” PEDi Lembah Bujang di mana Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang ingin berkongsi ilmu mengenai “Langkah Mengurangkan Risiko Jangkitan HFMD terhadap Kanak-Kanak”. Seperti yang sedia maklum, kes HFMD semakin lama semakin meningkat, terutama dikalangan kanak- kanak. Jadi, kami kongsikan video mengenai langkah-langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus HFMD terhadap anak anda. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA juga mengarahkan majikan untuk memberi pelepasan selama 5 hari kepada ibubapa yang perlu jaga anak-anak yang dijangkiti virus HFMD dirumah.


Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi informasi kepada penduduk setempat langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan virus HFMD yang semakin meningkat dikalangan kanak-kanak.

Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 14.38 petang: Video Tutorial dimulakan
• 14.40 petang: Video Tutorial ditamatkan

Kelebihan Aktiviti :
• Perkongsian Video kali ini dapat memberi sedikit tips atau langkah-langkah yang kita boleh amalkan bagi menghindarkan diri dan juga anak- anak dari dijangkiti virus HFMD yang semakin berleluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :