SIARAN LANGSUNG: APA ITU HFMD DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PENYAKIT TERSEBUT
Aktiviti terkini | 11 Mei 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lembah Bujang
Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Lembah Bujang di mana Pengurus berkongsi berkenaan tajuk “APA ITU HFMD DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PENYAKIT TERSEBUT”. Tajuk ini amat penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 10 tahun kebawah.
Tujuan :
• Tujuan perkongsian “APA ITU HFMD DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PENYAKIT TERSEBUT” ini adalah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa tentang penyakit tersebut supaya ibu bapa lebih berhati-hati dalam menjaga anak-anak.
Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 3:09 petang: Permulaan Siaran Langsung Facebook
• 4:00 petang: Penamatan Siaran Langsung Facebook
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu ibu bapa untuk mendapat informasi tentang penyakit HFMD.
• Kami juga kongsikan bagaimana penyakit itu boleh berjangkit dan gejala penyakit tersebut. Jika terdapat gejala seperti demam, ulser di mulut dan ruam merah boleh cepat dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.
• Selain itu, ibu bapa juga boleh menasihati anak-anak untuk tidak bermain di luar kawasan rumah dan ibu bapa juga perlu sentiasa membersih rumah agar kuman yang ada boleh mati dan tidak merebak kerana penyakit ini adalah penyakit berjangkit dan berbahaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :