VIDEO TUTORIAL: “ CARA MENGEMASKINI STATUS DI MY SEJAHTERA”
Aktiviti terkini | 20 Februari 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lembah Bujang
Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini dimuat naik melalui “Facebook Page” PEDi Lembah Bujang di mana Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang ingin berkongsi ilmu mengenai “Cara mengemaskini status di aplikasi My Sejahtera”. Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengarahkan pesakit covid-19
yang positif dn juga kotak rapat untuk kuarantin sendiri di rumah tetapi perlu kemaskini status mereka di aplikasi My Sejahtera supaya memudahkan pihak KKM memantau secara atas talian.
Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi informasi kepada penduduk setempat cara yang boleh dilakukan untuk mengemaskini status di aplikasi My sejahtera sekiranya kita didapati positif covid-19 atau kontak rapat dengan pesakit.
Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 10.44 pagi: Video Tutorial dimulakan
• 10.47 pagi: Video Tutorial ditamatkan
Kelebihan Aktiviti :
Home Surveillance Order” atau HSO yang diperkenalkan oleh KKM memudahkan orang ramai untuk kemaskini status mereka di aplikasi My Sejahtera tanpa perlu ke Hospital untuk beratur dan menunggu pemakaian Gelang Pink sebagai tanda mereka positif covid-19 atau kontak rapat.
Selain itu, cara ini juga membantu pihak KKM untuk memantau pesakit hanya menerusi atas talian sahaja. Ini dapat membantu mengurangkan kes covid yang makin berleluasa sejak-dua menjak ini.
• Dalam video tutorial yang dikongsikan ini, penduduk setempat lembah bujang boleh gunakan cara atau langkah-langkah yang ditunjukkan sebagai rujukan untuk mengemaskini status mereka sekiranya mereka didapati positif covid-19 atau sebagai kontak rapat kepada pesakit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :