SIARAN LANGSUNG: RANCANG PERJALANAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI (COVID-19)

Aktiviti terkini | 23 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Lembah Bujang di mana Penolong Pengurus berkongsi berkenaan tajuk “Rancang Perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri (covid-19)”. Memandangkan selepas negara dilanda covid selama 2 tahun, tahun ini merupakan tahun pertama kita kembali sambut perayaan seperti sebelum ini. Jadi, siaran langsung pada hari ini kami kongsikan tips apakah persediaan yang perlu diambil sebelum pulang ke kampung halaman.

Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi maklumat kepada penduduk setempat mengenai pentingnya perancangan sebelum memulakan perjalanan. Siaran langsung ini juga kongsikan tips yang boleh dilakukan bagi mengurangkan jangkitan covid-19 sepanjang musim perayaan yang akan tiba lagi seminggu.

Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 10.02 pagi: Permulaan Siaran Langsung Facebook
• 11.05 pagi: Penamatan Siaran Langsung Facebook

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu mengurangkan penyebaran kes jangkitan covid-19 dalam kalangan keluarga dan ibubapa dikampung.
• Selain itu, perancangan yang baik akan menghindarkan keluarga kita dari menjadi mangsa atau pembawa virus covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :