VIDEO TUTORIAL: “ CARA TEBUS MYSALAM ”

Aktiviti terkini | 18 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini dimuat naik melalui “Facebook Page” PEDi Lembah Bujang di mana Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang ingin berkongsi ilmu mengenai “Cara tebus My Salam”. Seperti yang sedia maklum, kes covid-19 makin lama makin meningkat, pesakit juga perlu kuarantin dirumah memandangkan terlalu ramai pesakit di hospital. Jadi, bagi pesakit yang perlu kuarantin dirumah atas arahan KEMENTERIAN KESIHATAN, dan pendapatan anda juga terjejas akibat dari tempoh kuarantin tersebut, anda boleh menyemak kelayakan memohon bantuan di portal My Salam untuk meringankan beban anda sekeluarga.

Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi informasi kepada penduduk setempat cara yang boleh diambil untuk memohon bantuan kewangan sekiranya pendapatan mereka terjejas kesan daripada jangkitan covid-19 dan perlu kuarantin dirumah.

Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 16.15 petang: Video Tutorial dimulakan
• 16.17 petang: Video Tutorial ditamatkan

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu mengurangkan masalah kewangan bagi mereka yang perlu kuarantin dirumah atau hospital. Dalam video tutorial yang dikongsikan ini, ia memudahkan komuniti setempat atau pengguna untuk memohon bantuan dari My Salam. Mereka hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan dan hantar permohonan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :