VIDEO TUTORIAL: “TEMUJANJI PRA-PERKAHWINAN”

Aktiviti terkini | 9 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini dimuat naik melalui “Facebook Page” PIK Lembah Bujang di mana Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang ingin berkongsi ilmu mengenai cara untuk membuat “Temujanji Saringan HIV Pra-Perkahwinan” secara atas talian. Saringan ini wajib diambil oleh setiap pasangan yang ingin berkahwin dan borang keputusan HIV wajib dihantar bersama Borang Perkahwinan kepada Pejabat Agama Islam.


Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat terutamanya pasangan yang ingin berkahwin supaya dapat mempelajari dan membuat temujanji secara atas talian bagi memudahkan proses untuk menjalani saringan ini.


Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 12:11 petang: Video Tutorial dimulakan
• 12:14 petang: Video Tutorial ditamatkan


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pengguna untuk membuat temujanji saringan HIV secara atas talian dengan hanya menggunakan smartphone.
• Memupuk pengguna untuk sentiasa menggunakan dan mencuba aplikasi ICT yang terkini dan terbaru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :