SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (MODUL PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)

Aktiviti terkini | 4 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang

Ringkasan Aktiviti:
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Lembah Bujang di mana Penolong Pengurus PIK berkongsi berkenaan tajuk “Klik Dengan Bijak” dengan isu terperinci iaitu “Modul Pengurusan risiko dalam talian” yang boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh penduduk setempat terutamanya golongan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan keatas untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa “penggodam dalam talian”.


Tujuan :
• Tujuan perkongsian “ICT Training” ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat termasuklah golongan ibu-bapa dan remaja dibawah umur 18 tahun supaya dapat mempelajari dan memahami sedikit sebanyak mengenai risiko yang akan kita hadapi sekiranya kita tidak mengawal posting kita di media sosial.


Butir-butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 11:25 pagi: Permulaan Siaran Langsung Facebook
• 12:25 pagi: Penamatan Siaran Langsung Facebook


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang isu “risiko dalam talian”.
• Memupuk pengguna untuk menjadi pengguna internet dengan bijak seterusnya mengelakkan diri daripada menjadi mangsa akibat daripada terlebih kongsi maklumat di media sosial.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :