PEMBELAJARAN ATAS TALIAN SEMPENA TEMPOH PKP 3.0 FASA 1

Aktiviti terkini | 3-23 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang

Tujuan :
• Sempena Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang tidak dapat menjalankan aktiviti dan kelas secara bersemuka. • Jadi, Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang telah mengadakan siaran langsung dan memuat naik video tutorial melalui Facebook pada setiap minggu dalam tempoh PKP untuk memudahkan komuniti belajar secara atas talian. • Minggu 1: Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang berkongsi video Tutorial Rewards Cimb Clicks. Ramai sebenarnya yang masih belum tahu mengenai Rewards Cimb Clicks ini, rewards ini diberikan mengikut jumlah transaksi atas talian yang menggunakan Cimb Clicks. Jadi semakin kerap anda menggunakan transaksi atas talian Cimb Clicks, semakin banyak rewards point anda boleh dapat. Pada minggu 1 ini juga, Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang Bersama Pengurus Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda bersiaran langsung membicarakan tajuk Jom Daftar Vaksin Covid-19. • Minggu 2: Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang berkongsi video Tutorial Laman Web KITAJAGA.CO. Laman web KITAJAGA.CO ini merupakan salah satu inisiatif secara atas talian untuk golongan yang ingin memberi bantuan membantu golongan yang memerlukan bantuan di kawasan berdekatan. Selain itu, Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang Bersama Pengurus Pusat Internet Komuniti Kota Kuala Muda juga bersiaran langsung pada minggu ini membicarakan tajuk Klik Dengan Bijak. • Minggu 3: Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang bersiaran langsung membicarakan tajuk Sambungan Siri Pengajaran HTML Future Skill for All (FSA4). Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang berkongsi video mengenai Tutorial Address Aplikasi Shopee. Melalui aplikasi shopee, kita juga boleh membeli barang untuk yang tersayang yang jauh di mata, dan dialamatkan ke alamat mereka. Dan di Shopee juga, kita boleh tambah lebih dari satu alamat untuk tujuan pembelian, apa lagi jom belikan barang untuk yang tersayang. • Minggu 4: Pengurus Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang bersiaran langsung membicarakan tajuk Klik Dengan Bijak dengan isu terperinci iaitu Risiko Atas Talian & Oversharing dan telah berkongsi video Tutorial i-Citra KWSP. Individu yang berumur 55 tahun ke bawah dan merupakan ahli KWSP yang berkeinginan untuk membuat pengeluaran wang KWSP, boleh membuat permohonan i-Citra KWSP ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Orang ramai dapat menonton perkongsian pembelajaran melalui medium atas talian.
• Dapat memudahkan orang ramai mengakses secara atas talian tanpa menghadirkan diri ke Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang.
• Pembelajaran dapat dilakukan secara atas talian walaupun pembelajaran secara bersemuka di Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang tidak dapat dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :