AKTIVITI MEWARNA SILANG KATA BERSEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini | 9 April 2021

Tempat Aktiviti:
Aplikasi atas talian Facebook page PIK Lembah Bujang

Tujuan :
• Bersempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tiba, Pusat Internet Komuniti Lembah Bujang telah mengadakan aktiviti mewarna silang kata mengenai Ramadhan bersama adik-adik ahli Pusat Internet yang tinggal berhampiran dengan Pusat Internet.


Kelebihan Aktiviti :
• Adik-adik ahli Pusat Internet didedahkan dengan pengetahuan mengenai Bulan Ramadhan melalui aktiviti silang kata Ramadhan ini.
• Aktiviti ini juga dapat menguji minda peserta untuk mencari jawapan yang betul dan tepat.
• Para peserta dapat menonjolkan kreativiti masing-masing dalam mewarna silang kata Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :