Program Hari Terbuka PI1M Lembah Bujang

31 Mac 2018 | Sabtu
8.00 pagi - 2.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Lembah Bujang, Kedah

Tujuan:
• Memberi penerangan kepada penduduk mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat.
• Menjadi platform bagi penduduk setempat mempromosikan produk yang mereka hasilkan.
• Mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Lembah Bujang kepada penduduk tempatan dan penduduk luar.

Kelebihan:
• Program ini dapatmemberi impak yang positif dalam mempromosikan Pi1M Lembah Bujang kepada penduduk setempat.
• Pengunjung dapat memanfaatkan peluang yang diberikan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dari aktiviti yang diadakan pada hari tersebut

Penglibatan:
- Penduduk setempat.
- Puan Azlina B. Ahmad(Penolong Pegawai Perpaduan).

Perlaksanaan Aktiviti:
• Program ini akan dilaksanakan untuk semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada komuniti Lembah Bujang dan juga penduduk luar sekitar Lembah Bujang.
• Program ini akan diadakan selama 1 hari iaitu bermula daripada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang.
• Program a dikendalikan dalam bentuk pameran, aktiviti, dan juga penerangan menerusi pembentangan menggunakan perisian komputer. Sebanyak 13 aktiviti yang dijalankan berbentuk ‘games’, pemeriksaan kesihatan dan senamrobik.
• Program akan dilaksanakan di Pusat Internet 1Malaysia Lembah Bujang dan kawasan persekitaran Pusat Internet 1Malaysia Lembah Bujang. Tarikh perlaksanaan program pada 31 Mac 2018 (Sabtu).

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama